Social Icons

.

Featured Posts

Monday, May 22, 2017

Hujung Minggu Yang Lalu Saya Tidak Berbuat Apa-apa; Dan Saya Bahagia


Hari ini kembali bekerja di tempat yang namanya pejabat. Tiada tugasan besar yang diberikan; hanyalah kesibukan masing-masing yang menjadi kepelikan diri ini. Mereka tampak sangat sibuk dan langsung tidak mahu terganggu oleh apa juga anasir luar. Oh, lupa trend bekerja di sini agak sedikit serius cara kerja, hanya terdengar sedikit gelak tawa namun masih sangat minimal.


Hari ini saya cuma mahu kongsikan dapatan kajian saya selama dua hari di rumah. Tanpa berbuat apa-apa dan tanpa berinteraksi dengan manusia luar. Hanya rakan serumah yang seorang, lainnya tidak ada di rumah.


Walaupun kita ada masa senggang yang banyak, tapi jika kita tidak buat kerja ikut prioriti, samalah juga bohongnya. Jadi begini, fokus pada hal betul  yang juga dilakukan pada masa yang betul. Itu yang pertama. 


Kedua, jagalah dan lindungilah masa peribadi. Sesungguhnya, masa kita sendiri adalah masa yang sangat berharga. Penting sekali untuk menjaga masa yang ini kerana jiwa kita perlu rehat setiap hari. Pada masa itu, buatlah apa sahaja yang boleh dilakukan asalkan tidak mendatangkan beban fikiran. Jangan terasa beban apa sekalipun.


Thursday, May 11, 2017

RUPA-RUPANYA IMAN SAYA SEDANG DIBEDAH


Saya mengalami beberapa fasa yang menakutkan pada bulan Mac dan April 2017. Demikian juga pada bulan ini, ketakutan saya belum habis, tapi saya percaya dan menguatkan hati. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan saya minta bantuan Roh Kudus untuk waktu crucial ini. 

        Apakah ketakutan yang saya maksudkan? 

Kita, sebagai manusia, usia kita semakin pendek. Benar, kita meraikan hari ulang tahun tapi akhirnya kita harus sedar bahawa masa kita di dunia semakin singkat. 

Ya Tuhan, banyaknya dosaku. 

        Dua minggu terkebelakang air mata saya mudah sahaja tumpah. Hati saya kuat mengatakan saya masih ada kelukaan batin. Sepatutnya saya ubah perilaku sejak tahun lepas tapi saya jatuh dan jatuh lagi sehingga mengganggu aktiviti harian termasuklah pekerjaan saya. Saya cuba untuk tidak jatuh tapi godaan manusia ternyata sangat menyedihkan. 

Akur sahaja. Bahawasanya hanya ada satu cara terakhir untuk mematikan semua ketakutan itu.  

Ya, berdoa.  

        Teruslah singkirkan clutter (segala sesuatu) hari demi hari dan tekad untuk tidak menyimpan apa-apa lagi. Buka buku baharu dan nikmati saja hidup. Semestinya hidup bertuhan, hidup yang berlandaskan iman kita. 
Jangan menambah lagi hal dan beban.  

Jadi, caranya mudah. 

        Jika aplikasi atau gajet yang dicipta manusia yang menyebabkan kehidupan musnah, musnahkan terus dua perkara itu. Jika manusia yang menyebabkan kita lalai dan leka, jauhkan diri dan elakkan daripada berurusan dengan mereka.  

Rasa sayang? Ah, letakkan sayang itu pada Tuhan lebih dahulu. Tuhan akan beri hal-hal lain sesuai dengan keperluan. Kita sebagai manusia teruslah menjadi pengabdiNya yang terbaik. 

Semoga saya kuat menahan godaan. 

Akhirnya saya mencicipi porsi rezeki daripada Tuhan. 


Tuesday, May 09, 2017

HIDUP BARU, YA TUHAN MUDAHKANLAH


M
ata berhabuk pagi iniSeolah-olah semua yang fasa-fasa kecil, kesusahan sederhana yang sedang terjadi sebenarnya sedang mengatur langkah hidup untuk menjadi matang. Benar, saya sedang mengalami kelukaan batin?
Begitu lama? Lima bulan, mungkin belum terlalu lama.
Jika begitu, andaikan sahaja ianya adalah penyembuhan batin.
Batin adalah semua hal yang berkaitan hati dan jiwa. Bila kita berfikir yang baik, maka kita hasilkan sesuatu tindakan yang baik. Dan begitu juga sebaliknya.
Saya hanya mahu ingatkan diri bahawa kelukaan batin saya agak dalam tapi terkawal. Ia seperti mendengarkan lagu Dilema Cinta yang dinyanyikan oleh Ungu. Namun hal yang lebih penting adalah kita terus panjatkan doa, setinggi dan semampu yang mungkin.
Saya mengakui bahawa saya tidak terlalu menitikberatkan suatu perkara yang sepatutnya saya dahulukan daripada waktu itu. Sebab itu, ada kesukaran untuk meninggalkannya hari ini. Mulakan semula segala sesuatu dengan kepayahan tidak mudah.
Janji tetap janji. Saya mulakan semula sedikit demi sedikit. 
Saya harus lepaskan hal negatif dan terus fokus. Kemudian buat sesuai dengan perancangan. Belajar untuk katakan tidak apabila jawapannya tidak.
Pertama, buang dan padam apa pun yang tidak perlu. 
Masa untuk hiburan sudah tamat pada 7 Mei 2017 yang lepas. Saya akui sudah berehat semahunya dan berhibur semahunya.
Tidak bekerja selama tiga minggu, oh asyiknya duduk di rumah setelah bekerja dengan jam kerja yang tidak menentu. Maka inilah masanya untuk memasang gear lima. Pacu saja laju-laju hal yang perlu diselesaikan dan terus bergerak.
Terima kasih Tuhan. 


Friday, April 21, 2017

JOM UNDI ZERO MAHARAJALAWAK MEGA 2017



Yamalam ini adalah penentu suku akhir MLM2017. Tahniah Zero kerana persembahan kali ini masih lagi konsisten dan kalian berjaya mengekalkan momentum ketawa para juri dan para penonton.
Tidak sabar rasanya untuk menjejakkan kaki ke Teater Royal Shah Alam buat kali terakhir. Sebabnya dengar-dengar, minggu depan persembahan lawak akan diadakan di negeri lain. Begitu juga minggu yang satu lagi akan berlangsung FINAL MLM2017 di Kedah.

Wow, tak sabarnya! Mudah-mudahan ZERO tak pulang dengan tangan zero ya. 

Jadi, sebagai peminat tegar ZERO sejak MLM pada tahun 2014, saya menyeru kalian untuk mengundi semampu yang mungkin. Undilah ZERO jika kalian mahu negara kita dibariskan pelawak yang betul-betul boleh melawak. Bukan sekadar lawak bodoh yang membodohkan diri masing-masing.
Ada sesiapa yang mahu turut serta malam ini? JOM BERAMAI-RAMAI DATANG KE TEATER ROYAL SHAH ALAM. PASTIKAN 9PM TU DAH ADA DEPAN PINTU MASUK K!
JOM FOLLOW IG ZERO @zero_officialfc  JOM FOLLOW IG ZERO @zero_officialfc  JOM FOLLOW IG ZERO @zero_officialfc 


Tuesday, April 18, 2017

Koreksi Easter Day Seorang Pemilik Beloganatano



Lamanya blog ini tidak dikemaskini. Maafkan saya kerana tidak meletakkan prioriti ke atas anda, Si Beloganatano. 

Hai si pengikut blog ini, pelbagai hal berlaku dalam belakangan ini sehingga saya penat dan capek menaip di hadapan skrin komputer. Utamanya keputusan untuk memilih kerjaya sebagai Retail Executive di Kedai Buku Popular bukan keputusan yang tepat. Jadi saya buat keputusan untuk berhenti sahaja. 

Namun bekerja di sana selama dua bulan mengajar saya beberapa hal dan juga mengenali beberapa individu yang pasti saya rindu. 

Dan pada waktu itu juga saya belajar untuk mengawal rindu terhadap seorang manusia yang bertugas di luar kawasan. Walaupun saya bukanlah siapa-siapa dalam hidupnya, tapi saya menganggap itu sebagai anugerah daripada Tuhan. 

Terima kasih, Tuhan. 

Saya semakin mencintai diri sendiri selepas kehilangan orang yang paling saya cintai, YT. Namun ada beberapa hal yang saya tidak berjaya kawal kecuali kekuatan itu menukar pada usaha untuk memulakan bisnes Hai O. 

Ternyata, Hai O adalah bisnes yang menarik dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa pun. Awal modal cuma Ringgit Malaysia Lima Puluh Ringgit Sahaja. Dan cuma perlu ada sekeping hati yang kental disertai fokus. 

Apa pun, saya terima semua ini dengan hati yang tenang dan terbuka. Asaku tidak akan pernah habis untuk meminta terus porsi rezeki untuk dibahagi pada keluarga dan orang yang memerlukan. Saya juga hanya mahu mendampingi yang Maha Kuasa selagi ada waktu dan terus memohon agar pelanggaranku pada masa lalu diampunkan. 

Sama-sama kita berdoa agar semuanya akan baik-baik sahaja. 



LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates